My Add

Saturday, 25 May 2013

Ketua IMF beri keterangan dalam kes penipuan

PARIS, JUMAAT, 24 Mei, 2013: Ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde berdepan soal jawab berjam-jam pada sidang mahkamah khas di sini berikutan peranannya dalam pembayaran sebanyak 400 juta euro kepada seorang ahli perniagaan kontroversi ketika beliau memegang jawatan menteri kewangan Perancis.

Perbicaraan itu mungkin menjejaskan reputasi Legarde dan negaranya. Pembayaran itu dibuat kepada usahawan, Bernard Tapie sebagai sebahagian daripada proses timbang tara persendirian bagi menyelesaikan pertikaian dengan bank milik kerajaan, Credit Lyonnais dalam penjualan syarikat Adidas pada 1990-an. - AP/BH

No comments:

Post a Comment