Korea Utara tembak misil kelima hari ini
SEOUL, ISNIN, 20 Mei, 2013: Korea Utara hari ini menembak misil jarak dekatnya yang kelima ke Laut Jepun, meskipun menerima amaran daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan jirannya, Korea Selatan.
Tembakan yang terbaru dalam masa tiga hari itu disahkan oleh jurucakap Ketua Staf Bersama Korea Selatan yang menurutnya tidak diketahui sama ada ia membabitkan peluru berpandu kawalan atau roket.
Beberapa jam selepas tembakan itu, Pyongyang mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya amat marah dengan kritikan yang dibuat membabitkan program latihan tenteranya sebagai meningkatkan lagi tekanan di Semenanjung Korea.
“Ia latihan ketenteraan...ia hak yang dijamin kepada sebarang negara yang berdaulat," kata Jawatankuasa Keamanan Korea Utara.
Korea Utara menembak tiha misil jarak sederhananya pada Sabtu dan satu lagi semalam. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment