My Add

Monday, 20 May 2013

KPDNKK laksana sistem penggiliran penguat kuasa

KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Mei, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) bakal melaksanakan sistem penggiliran bahagian penguatkuasaan agar tidak menjaga satu-satu kawasan untuk tempoh masa panjang.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, sistem tersebut diyakini mampu memperkasakan bahagian itu dan pada masa sama memastikan penguatkuasaan di sesebuah kawasan lebih telus dan berkesan.

"Jika anggota penguatkuasa dibiarkan menjaga hanya satu kawasan untuk jangka masa lama sudah pasti akan menyukarkan mereka untuk memberikan laporan yang tepat.

"Sistem ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat supaya orang tidak kenal penguatkuasa kementerian dan seterusnya penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment