My Add

Sunday, 19 May 2013

Kumpulan lelaki bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria

BEIRUT, AHAD, 19 Mei, 2013: Sekumpulan lelaki bersenjata dilapor menculik bapa kepada Timbalan Menteri Luar Syria selepas tentera kerajaan menahan ahli saudara kumpulan penculik tersebut.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, ayah Faisal Muqdad ditahan di rumahnya di kampung Ghossom, selatan wilayah Daraa, namun tarikh mangsa diculik tidak dapat dipastikan.

“Mangsa dipercayai diculik sebagai membalas tindakan tentera kerajaan menahan ahli saudara kumpulan militan itu.

“Rundingan untuk membebaskan ayah Faisal masih lagi dijalankan," katanya. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment