My Add

Thursday, 23 May 2013

 Kunjungan hormat


 *ROSMAH Mansor menunjukkan buku Permata Gemilang kepada Jill Sheffield selepas berbincang mengenai Persidangan Global Women Deliver di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Raj Karim (kiri).
PUTRAJAYA, RABU, 22 Mei, 2013: Pengasas dan Presiden Women Deliver, Jill Sheffield membuat kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Dalam pertemuan itu, Sheffield dan Rosmah membincangkan mengenai Persidangan Global Women Deliver 2013 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 28 hingga 30 Mei.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Pengarah Women Deliver Asia, Datuk Dr. Raj Karim.

Women Deliver, yang berpangkalan di New York adalah sebuah pertubuhan advokasi global yang bergerak untuk menjana komitmen politik dan pelaburan kewangan bagi mengurangkan risiko kematian ibu bersalin dan kesihatan kesuburan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment