Lelaki maut ditembak ketika keluar dari masjid di Pasir Puteh2013/05/24 - 11:44:40
PASIR PUTEH, JUMAAT, 24 Mei, 2013: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut ditembak sejurus keluar dari Masjid Nurul Anuar, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata mangsa ditembak oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.
Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal forensik, terdapat satu kesan tembakan pada bahagian belakang badan sebelah kiri mangsa. - BH
No comments:
Post a Comment