Lima renjer maut serangan di selatan Thailand
BANGKOK, selasa, 28 Mei, 2013: Lima anggota keselamatan Thailand maut dalam beberapa serangan tembakan dan bom di wilayah bergolak selatan negara ini, insiden yang disifatkan kerajaan sebagai cubaan pemberontak mengganggu proses damai.
Dua anggota renjer separa tentera yang sedang berkawal ditembak mati dalam satu serangan hendap pada awal pagi ini di Pattani.
Sehari sebelum itu, seorang anggota polis sempadan maut akibat terkena letupan bom tepi jalan, manakala dua pengawal keselamatan terbunuh dalam dua kejadian letupan berasingan di sekolah. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment