Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
ARAU, JUMAAT, 17 Mei, 2013: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahukan rakyat kembali memantapkan ikatan perpaduan kerana ia menjadi fundamental utama bagi sesebuah negara untuk kekal berdaulat.
Titah baginda, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah berakhir dan sekarang bukan masa untuk rakyat terus bertelagah kerana fahaman politik yang berbeza.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan bersama seperti kata pepatah 'kuah sama dihirup, sambal sama dicolek'.
"Menyedari hakikat ini, beta berharap tema sambutan Hari Keputeraan beta yang ke-70, 'Raja Ditaati, Rakyat Dirahmati, Negeri Disanjungi' mampu menjadi perlambangan bahawa Raja, Rakyat dan negeri Perlis tidak boleh dipisahkan," titah baginda.
Baginda bertitah sempena pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-70 di Istana Arau di sini hari ini.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar, Azlan Man.
Menurut baginda, adalah menjadi harapan supaya segala program diatur sempena hari keputeraan tersebut menjadi manifestasi kepada pengukuhan perpaduan sesama rakyat di negeri ini.
Baginda juga berharap segala projek pembangunan yang direncanakan di Perlis mencapai matlamat disasarkan.
Titah baginda, ia melibatkan Taman Teknologi Pauh Putra, Perlis Halal Park, Depot Pelepasan Darat serta pembangunan industri kecil dan sederhana yang mempunyai impak dan nilai ekonomi tinggi.
"Perlu dipergiatkan perancangan supaya Perlis menjadi hab pendidikan serta penubuhan Kolej Universiti Islam Perlis dan Kolej Risda di negeri ini," titah baginda. - UTUSAN
![]() |
*TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Bergelar yang membawa gelaran Datuk Murshid Diraja kepada Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya pada Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Arau , Perlis, semalam. - BERNAMA |
Titah baginda, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah berakhir dan sekarang bukan masa untuk rakyat terus bertelagah kerana fahaman politik yang berbeza.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan bersama seperti kata pepatah 'kuah sama dihirup, sambal sama dicolek'.
"Menyedari hakikat ini, beta berharap tema sambutan Hari Keputeraan beta yang ke-70, 'Raja Ditaati, Rakyat Dirahmati, Negeri Disanjungi' mampu menjadi perlambangan bahawa Raja, Rakyat dan negeri Perlis tidak boleh dipisahkan," titah baginda.
Baginda bertitah sempena pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-70 di Istana Arau di sini hari ini.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar, Azlan Man.
Menurut baginda, adalah menjadi harapan supaya segala program diatur sempena hari keputeraan tersebut menjadi manifestasi kepada pengukuhan perpaduan sesama rakyat di negeri ini.
Baginda juga berharap segala projek pembangunan yang direncanakan di Perlis mencapai matlamat disasarkan.
Titah baginda, ia melibatkan Taman Teknologi Pauh Putra, Perlis Halal Park, Depot Pelepasan Darat serta pembangunan industri kecil dan sederhana yang mempunyai impak dan nilai ekonomi tinggi.
"Perlu dipergiatkan perancangan supaya Perlis menjadi hab pendidikan serta penubuhan Kolej Universiti Islam Perlis dan Kolej Risda di negeri ini," titah baginda. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment