Mekanik ditahan miliki 5 senapang angin
MUAR, SELASA, 21 Mei, 2013: Seorang mekanik ditahan selepas polis menemui lima laras senapang angin dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Kelat Darat, Jalan Batu Pahat-Muar dekat sini tengah malam tadi.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) selepas menerima maklumat daripada orang awam.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas 300 biji bebola besi serta 14 biji timah yang digunakan sebagai peluru.
Suspek berusia 35 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak. Lelaki ini hanya mekanik di bengkel dia bekerja.
Serbuan dilakukan oleh Jabatan Narkotik IPD Muar tetapi polis tidak menemui sebarang dadah di rumahnya. Bagaimanapun, ujian air kencing lelaki berkenaan disahkan positif dadah jenis ganja," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment