Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli hari ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa rayuannya tiada merit.
Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengarahkan agar perbicaraan terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diteruskan di Mahkamah Sesyen tanpa sebarang kelewatan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment