My Add

Saturday, 18 May 2013

Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran

PONTIAN, SABTU, 18 Mei, 2013: Naluri seorang ibu, Mariana Saad telah berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang baru berusia dua tahun selepas rumah yang mereka sewa musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Boh, Serkat di sini petang semalam.

Tindakan Mariana, 21, yang membawa anaknya, Rasul Iman bersama ke bilik air di luar rumah menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terperangkap dalam kebakaran yang bermula pukul 3 petang itu.

Mariana memberitahu, semasa keluar bersama Rasul Iman dari bilik air yang terletak di belakang rumah, dia nampak asap tebal keluar dari dalam rumah.

"Saya terus ke bahagian depan, namun api tiba-tiba menjulang tinggi membakar rumah. Saya sebenarnya jarang membawa anak masuk bersama ke dalam bilik air, tetapi hati saya terdetik untuk membawa dia bersama dan bersyukur tindakan saya itu menyelamatkan anak saya.

"Tiada apa yang sempat diselamatkan, semua dokumen penting seperti kad pengenalan dan surat nikah semuanya terbakar," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Permas.

Ketika kejadian, suami Mariana, Khairuddin Atan, 44, sedang bekerja sebagai pengawal keselamatan di projek pembangunan Tanjung Bin. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment