![]() |
| Nazir Razak |
Menurut FinanceAsia, keputusan itu adalah berasaskan undian yang dikumpul daripada beratus-ratus pelabur dan penganalisis di rantau ini.
DiGi.com Bhd diundi terbaik dalam tiga kategori; syarikat terbaik dalam pengurusan, tanggungjawab sosial korporat dan paling komited dalam dasar dividen yang kukuh.
Sementara itu, Maybank pula dipilih bagi anugerah tadbir urus Korporat terbaik di Malaysia manakala AirAsia diundi terbaik dalam perhubungan pelabur.
Syarikat modal pertengahan terbaik dalam undian itu diraih KPJ Healthcare, dan Naim Holdings pula terbaik dalam kategori syarikat bermodal kecil. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment