My Add

Tuesday, 28 May 2013

Pelaburan dalam kesejahteraan gadis, wanita satu langkah bijak: Najib

 *NAJIB Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama, (dari kiri) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Rahman, H.E Mrs Rachel Ruto dari Kenya, Puteri Mabel Van Oranje dari Netherlands, Puteri Mahkota Mary dari Denmark Sia Koroma dari Sierra Leone dan Dr. Christine M. Kaseba-Sata dari Zambia, pada Persidangan "Global Women Deliver 2013" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. - Foto Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Mei, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelaburan dalam pendidikan, kesihatan, keselamatan, hak dan kebebasan kewangan gadis dan wanita bukan saja membawa pulangan tetapi juga satu pelaburan bijak.

Beliau berkata, tidak dinafikan terdapat nilai dalam pelaburan sedemikian memandangkan apabila gadis dan wanita diupayakan, manfaatnya akan berlanjutan menjangkaui individu berkenaan.

"Bebas daripada kekangan ketidaksamaan yang luar biasa, wanita boleh merealisasikan potensi mereka sebagai peserta yang aktif dalam komuniti dan di dunia," katanya.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Global Women Deliver 2013 kali ketiga di sini hari ini, Najib menghuraikan tentang komitmen kerajaan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan gadis serta wanita di negara ini dilihat sebagai satu keutamaan, bukannya difikirkan kemudahan.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan yang baru dipilih semula ini turut membawa bersama komitmen baru dan ditingkatkan untuk mengupayakan wanita dan gadis dalam usaha memacu pertumbuhan negara ke depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment