Penahanan pemimpin parti pembangkang tiada campur tangan politik
MELAKA TENGAH, JUMAAT, 24 Mei, 2013: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penahanan beberapa pemimpin parti pembangkang mengikut Akta Hasutan, semalam tiada campur tangan politik.
Sebaliknya, tindakan terbabit adalah prosedur polis untuk mendapat maklumat lengkap berhubung sesuatu perkara yang didapati melanggar peraturan.
"Saya tak mahu tindakan itu dianggap sebagai langkah pembendungan politik, tetapi ia adalah tindakan polis yang sangat profesional.
"Tangkapan itu dibuat untuk mengetahui maklumat lengkap sebelum pertuduhan dibuat dimahkamah," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Syuhada' Kem Terendak, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron dan Penglima 3 Divisyen Kem Terendak, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad.
Beliau mengulas penahanan Naib Presiden PKR, Tian Chua bersama aktivis pembangkang, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim mengikut Akta Hasutan, semalam. - BH
No comments:
Post a Comment