My Add

Saturday, 25 May 2013

Polis buat laporan fitnah tahanan dipukul

KIALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Mei, 2013 Laporan polis dibuat terhadap pemilik Twitter, Mohd Khalid Mohd Ismath, selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah menyatakan Ahli Parlimen Batu, dipukul ketika ditahan polis, kelmarin.

Laporan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, selepas Mohd Khalid mengeluarkan kenyataan dalam laman blognya menyatakan Tian Chua, dibelasah polis yang menahannya tanpa Prosedur Operasi Standard (SOP).

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata hasil siasatan mendapati apa yang berlaku berbeza dengan yang dilaporkan, selepas Naib Presiden PKR itu didapati enggan bekerjasama untuk dimasukkan ke dalam lokap atas alasan tangkapan tidak sah.

“Polis Daerah Sentul membuat laporan ke atasnya berikutan kenyataan yang dikeluarkan adalah maklumat berbentuk fitnah dan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi semalam. - BH

No comments:

Post a Comment