My Add

Wednesday, 1 May 2013

PRU-13: TPM bidas pembohongan besar pembangkang

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

*ORANG ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Muhyiddin Yassin dalam majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia di padang Awan Gersik Pagoh, Muar malam tadi. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD
PAGOH, SELASA, 30 April, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pembangkang yang mendakwa kononnya semua negeri diperintah Barisan Nasional (BN) sudah tumbang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lagi kerana kajian terkini BN menunjukkan sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana kajian terbaharu yang dilaporkan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri menyatakan kemenangan dua pertiga akan diperoleh kerana sokongan rakyat terhadap BN bertambah kuat.

"Saya sebagai Pengarah PRU BN Kebangsaan sudah pergi ke seluruh negara. Saya pergi ke Sarawak, BN negeri kata boleh menang dua pertiga. Pergi ke Sabah macam tu juga. Begitu juga di Johor. Kalau Lim Kit Siang menang di Gelang Patah, Singapura bimbang Johor tidak akan maju dan membangun seperti sekarang. Pelaburan tak masuk.

"(Tinjauan) di Melaka begitu juga, kita mampu menang di semua kerusi kecuali di Kota Melaka ada susah sedikit. Di Negeri Sembilan saya tanya Menteri Besarnya pun sama, kajian menunjukkan BN akan menang besar kecuali dua atau tiga kerusi," katanya berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, di Dataran Awam Gersik, dekat sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment