*RAJA Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah yang juga Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) berkenan berangkat merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2012/13 di Hotel JW Mariot, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Yang DiPertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri), Timbalan Yang diPertua PPPM, Raja Muda Perak, Raja Nor Mahani Shahar Shah (dua kanan). - Foto Yazit Razali |
Ketibaan baginda kira-kira 10.40 pagi disambut oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua PPPM; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah selaku Timbalan Yang Dipertua PPPM dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalilah Mohd Taib.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
"Peningkatan media sosial juga dapat meningkatkan daya kreativiti golongan muda dan dengan pendedahan yang betul, golongan ini dapat mengharungi masa depan yang lebih mencabar dalam menerajui pembangunan negara di masa hadapan," titah baginda.
Tuanku Hajah Haminah juga mengingatkan ahli PPPM untuk terus berkhidmat dan menghulur bantuan kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan yang memerlukan.
"Beta juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua lapisan pemimpin PPPM yang telah membimbing anak-anak gadis dan remaja untuk peka dengan masyarakat sekeliling dan selalu sedia untuk berkhidmat di mana yang boleh".
Tuanku Hajah Haminah dalam titah baginda juga menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Sarah Batrisyia Mohammed A'reeff yang berjaya memenangi pertandingan Greenpeace 'Flag for the Future' anjuran Persatuan Pandu Puteri dan Pengangkap Sedunia.
Sarah Batrisyia, 13, yang menewaskan 1,400 peserta dari 43 negara menerima sijil penghargaan daripada Tuanku Hajah Haminah pada majlis itu.
Selain itu, Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan Anugerah Asia Pasifik kepada 28 pemimpin persatuan itu, Sijil Asia Pasifik (dua penerima) dan Anugerah Pandu Puteri Raja kepada 31 renjer.
Sementara itu, seramai 56 individu termasuk Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menerima Anugerah Pandu Puteri daripada Rosmah.
Seramai 204 perwakilan dari seluruh negara menghadiri mesyuarat tersebut. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment