My Add

Sunday, 19 May 2013

Sasaran tiga guru J-Qaf di sekolah rendah menjelang 2016

KOTA BHARU, AHAD, 19 Mei, 2013: Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dijangka dapat memenuhi sasaran menempatkan sekurang-kurangnya tiga guru program pendidikan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain (J-Qaf) di semua sekolah rendah di seluruh negara menjelang 2016.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam kementerian itu, Abdullah Md Din, berkata sasaran itu boleh dicapai apabila terdapat lebih 20,000 guru J-Qaf mulai tahun ini.

Menurut Abdullah hasil kajian bahagiannya mendapati sejak kementerian memperkenalkan pengambilan guru J-Qaf pada 2006, sebanyak 90 peratus murid mencapai matlamat penguasaan pendidikan Islam dalam penulisan, bacaan jawi, bacaan al-Quran dan fardu ain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Karnival Kesenian Standard Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Islah, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment