Oleh ASLIZA MUSA
![]() |
*MOHD. Shukri Dahalan (tengah) menunjukkan barangan kemas dan wang tunai yang dipercayai milik mangsa yang berjaya dirampas pihaknya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak di Ipoh, semalam. |
Lima anggota sindiket tersebut terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki warga China berusia 45 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel dekat Kulim, Kedah pada pukul 3.30 pagi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, tangkapan itu hasil risikan polis melalui pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri sejak lima bulan lalu.
Katanya, sindiket berkenaan ditahan susulan kes yang dipercayai didalangi kumpulan tersebut di Langkap, Pasir Salak pada 23 April lalu.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis merampas wang tunai berjumlah RM3,270 Dolar Singapura (RM1,718) dan 9,000 yuan (RM4,373).
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barang kemas antaranya enam utas gelang, 14 bentuk cincin, sembilan anting-anting, dua bentuk loket, dua utas rantai leher dan seutas rantai tangan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.
Mohd. Shukri memberitahu, berdasarkan semakan dokumen perjalanan suspek, tiga daripada mereka memasuki negara ini pertama kali manakala selebihnya pernah masuk beberapa kali.
Katanya, kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini.
"Sindiket ini terlibat dalam beberapa kes di negeri ini dan sejak 2010 hingga 2013, terdapat 23 kes tipu bomoh Cina dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM1.18 juta.
"Modus operandi kumpulan ini adalah memperdayakan mangsa agar menyerahkan wang tunai dan barangan kemas untuk tujuan membuang nasib malang atau buruk. Mangsa mereka pula terdiri daripada warga emas," katanya.
Sehubungan itu, katanya, orang awam terutama kaum Cina dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan individu tidak dikenali yang mengaku sebagai bomoh bagi mengubati pelbagai penyakit. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment