Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK bakal dilaksana
KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Mei, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan bakal melaksanakan sistem penggiliran bahagian penguatkuasaan agar pegawai terlibat tidak menjaga satu-satu kawasan dalam tempoh masa yang panjang.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, sistem tersebut diyakini mampu memperkasakan bahagian itu dan pada masa sama memastikan penguatkuasaan di sesebuah kawasan lebih telus dan berkesan.
"Jika anggota penguat kuasa dibiarkan menjaga hanya satu kawasan untuk jangka masa lama sudah pasti akan menyukarkan mereka untuk memberikan laporan yang tepat.
"Sistem ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat supaya orang tidak kenal penguat kuasa kementerian dan seterusnya penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2013 di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment