MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
![]() |
| Abu Kassim Mohamed |
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, melalui kepimpinan baru TI-M yang dipilih Jumaat lalu, beliau yakin kerjasama erat dapat diteruskan bagi menjayakan agenda memerangi rasuah ini.
“SPRM yakin barisan kepimpinan baru ini akan meneruskan kerjasama erat dengan pihak kami dalam merangka pendekatan dan langkah-langkah berkesan bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini,” kata Abu Kassim dalam satu kenyataan, hari ini.
Jumaat lalu, barisan TI-M yang baru dilantik terdiri daripada Datuk Akhbar Satar sebagai Presiden, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan sebagai Timbalan Presiden, Dr Loi Kheng Min sebagai Setiausaha Agung dan Mohamed Raslan Abdul Rahman sebagai Bendahari.
Menurutnya lagi, kepimpinan lama khususnya bekas Presiden, Datuk Paul Low yang baru- dilantik sebagai menteri akan menjadi penghubung bagi membentuk hubungan baik.
Selain itu, hubungan yang terjalin ini juga diharap dapat merealisasikan impian kerajaan dan rakyat dalam memerangi rasuah seterusnya berhasil melahirkan masyarakat yang berintegriti.
Sebelum ini, Low, 67, telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau meletak jawatan sejurus namanya diumumkan oleh Najib bagi menyertai barisan kabinet baru selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kembali kerajaan.
Tambah Abu Kassim lagi, inisiatif integriti pilihan raya TI-M yang diperkenalkan ketika kepimpinan Low sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan antara pendekatan dinamik dalam usaha memerangi rasuah.
Justeru, beliau berharap pendekatan tersebut dapat diteruskan dan berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dalam usaha memerangi rasuah ini.
“SPRM berpendapat kerjasama semua pihak sangat penting, pelan Low juga perlu diteruskan jika kita mahu mencapai negara bebas rasuah dikalangan setiap anggota masyarakat.
“Tanpa kerjasama semua usaha memerangi rasuah tidak akan mencapai kejayaan yang diharapkan,” katanya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment