My Add

Thursday, 23 May 2013

Tian Chua, Harris Ibrahim ditahan polis

 *TIAN CHUA... Ditahan polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan aktivis propembangkang Harris Ibrahim ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 tengah hari ini.

Menurut Twitter Tian Chua, beliau ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini sebelum memasuki pintu kawalan keselamatan untuk menaiki pesawat.

Sementara itu, Harris pula ditahan ketika makan tengah hari di Segambut di sini.

Difahamkan, kedua-dua mereka dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment