My Add

Saturday, 18 May 2013

Tidak timbul isu tunduk kepada mana-mana pihak - MB

JOHOR BAHARU, SABTU, 18 Mei, 2013: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan, tidak timbul isu mana-mana wakil atau kaum yang bersikap tunduk kepada mana-mana pihak dalam soal pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Johor.

Ini kerana, kata beliau, pembentukan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) itu adalah berlandaskan konsep kerjasama dan muafakat antara semua kaum.

"Konsep kita (kerajaan negeri) ialah berlandaskan konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (tunduk) dan sebagainya. Apa yang MCA lakukan (menerima jawatan exco) adalah patuh dengan titah tuanku dan bukannya tunduk kepada kehendak UMNO.

"Jadi tiada isu di situ kerana jelas penerimaan jawatan itu adalah untuk menghormati titah baginda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham ke atas MCA melalui akaun Twitternya pada 15 Mei.

Koo Ham yang turut mengatakan MCA tunduk kepada UMNO membuat kritikan itu berikutan kenyataan MCA berhubung pelantikan wakil MCA iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Exco Johor. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment