My Add

Monday, 20 May 2013

Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

HULU SELANGOR, ISNIN, 20 Mei, 2013: Tiga orang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7.9, Jalan Hamzah di Kuala Kubu Bahru di sini hari ini.

Nahas berlaku pukul 10.50 pagi apabila sebuah kereta Honda Civic terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori.

Mereka yang maut ialah pemandu Civic, Muhammad Hilal Mohd. Isa, 19; penumpang sebelahnya, Omar Hamzah Zulkifli, 19, dan penumpang belakang, Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19.

Dua yang parah ialah pemandu lori, N. Sivasalagaram, 34, dan seorang lagi penumpang belakang Civic, Mohamad Nazren Kamisan, 27. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment