My Add

Tuesday, 28 May 2013

Tuntut pembinaan semula Madrasah Salihiah

ALOR SETAR, SELASA, 28 Mei, 2013: Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) hari ini membuat laporan polis mendakwa ditipu Kerajaan Pas Kedah yang gagal membina semula Madrasah Salihiah Kanchut seperti dipersetujui di Mahkamah Tinggi di sini pada Januari lalu.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar oleh beberapa ahli jawatankuasa tersebut yang diwakili oleh Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad.

Menurut Mansor, pihaknya kecewa apabila kerajaan negeri terdahulu itu mengabaikan beberapa persetujuan yang dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi bagi mencapai jalan penyelesaian di luar mahkamah pada 3 Januari lalu.

Katanya, persetujuan itu melibatkan pembinaan semula madrasah tersebut di tapak baharu iaitu di Lot 2408 Jalan Lumpur di sini dengan menggunakan wang pampasan sebanyak RM1.437 juta yang kini berada dalam simpanan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

"Hari ini kami bangun balik setelah tuntutan kami diabaikan dan kami buat satu laporan polis bagi menyiasat semula kes ini," katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Kota Setar. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment