*TENTERAebanon berkawal dekat pusat pemeriksaan tentera di mana tiga askar Lebanon ditembak mati oleh kumpulan bersenjata di bandar Arsal di timur Lembah Bekaa pada 28 Mei lalu. Kumpulan bersenjata itu dilaporkan melarikan diri ke sempadan Syria selepas melancarkan serangan itu. - REUTERS |
BAALBEK, Lebanon, SABTU, 01 Jun, 2013: Sebanyak enam buah roket dilancarkan dari Syria dan mengenai Bekaa, wilayah timur Lebanon hari ini, kejadian terbaru konflik di Syria yang kini menular ke negara-negara jirannya.
Bagaimanapun, sumber keselamatan berkata, tiada kematian dilaporkan ekoran serangan roket tersebut.
''Roket-roket tersebut mengenai kawasan antara Saraain al-Fawqa dan Sarraain al-Tahta berdekatan lapangan terbang Rayaq.
''Roket itu dilancarkan dari Syria,'' kata sumber itu.
Kawasan-kawasan tersebut terletak di wilayah Bekaa, kubu kuat pergerakan Hezbollah yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Roket dari Syria sebelum ini telah berulangkali dilancarkan ke arah Lebanon, mengenai kawasan perumahan puak Sunnah yang menyokong pemberontak dan kawasan puak yang setia kepada Hezbollah.
Pada minggu lepas, seorang wanita maut apabila tiga serangan mortar dilancarkan dari Syria dan mengenai bandar Hermel, Bekaa.
Walaupun kerajaan Lebanon enggan campur tangan, negara itu sering terlibat secara tidak langsung dalam konflik di Syria . - REUTERS/UTUSAN

No comments:
Post a Comment