KOTA KINABALU, AHAD, 02 Jun, 2013: Kejadian gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di pinggir bandaraya ini, pada 26 Mei lalu adalah berpunca daripada cubaan mencuri kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Jalan Sulaman, kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset)nya, Ir Ahmad Fuad Md Kasim.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Ahmad Fuad menjelaskan cubaan oleh beberapa individu itu telah mengakibatkan kira-kira 1,500 pengguna terputus bekalan elektrik, selama hampir satu jam.
"Menurut rekod, gangguan elektrik berlaku pada 10.30 malam dan bekalan hanya dapat dipulihkan secara berperingkat pada 11.25 malam pada hari sama," katanya.
Ahmad Fuad berkata, antara kawasan mengalami gangguan elektrik berikutan kejadian itu ialah kawasan sekitar Jalan Kokol, Pulutan, Menggatal, Kampung Tobongon, Kampung Sinagang dan Kampung Sinulihan.
Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian juga mendapati kabel elektrik bawah tanah yang menyalurkan bekalan ke kawasan terbabit sudah dipotong dan SESB memperbaiki kerosakkan tersebut, katanya.
Sehubungan itu, pengguna diminta segera menghubungi talian Khas Polis Bantuan SESB beroperasi 24 jam di 088-282455 sekiranya terlihat individu yang mencurigakan berada berhampiran dengan pepasangan SESB. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment