My Add

Sunday, 2 June 2013

Jepun salur AS$1 bilion bantu negara Afrika

YOKOHAMA, AHAD, 02 Jun, 2013: Kerajaan Jepun memperuntukkan dana 100 bilion yen (AS$1 bilion) bagi membantu negara Afrika untuk tempoh lima tahun akan datang khusus bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan.

Ia turut membabitkan bantuan dar segi meningkatkan keselamatan rantau berkenaan serta langkah pencegahan pengganas.

Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Shinzo Abe berkata, dana bantuan Jepun itu adalah sebahagian komitmen 3.2 trilion (AS$32 bilion) yang diperuntukkan negara itu hasil gabungan antara kerajaan dan sektor swasta.

Beliau mengumumkannya pada satu persidangan di Yokohama hari ini di mana pegawai dari lebih 50 negara Afrika berbincang mengenai perdagangan, pertumbuhan dan isu global.

Jepan berminat membantu Afrika yang kaya dengan pelbagai sumber dan potensi pasarannya. - AP/BH

No comments:

Post a Comment