My Add

Sunday, 2 June 2013

Kemalangan ke tempat kerja meningkat, setiap hari 3 kematian pekerja

Oleh MUHAMMAD NAQIB NOR SAID

KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Jun, 2013: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mendedahkan, jumlah kemalangan pekerja semasa ke tempat kerja di negara ini meningkat 16 peratus sejak tiga tahun lalu.

Pengerusi Niosh , Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik menunjukkan jumlah kemalangan ke tempat kerja pada 2010 adalah 22,036 kes dan meningkat kepada 25,616 kes pada 2012.

"Setiap hari tiga kematian berkaitan pekerjaan di Malaysia pada 2011 dan dua daripada tiga kematian tersebut disebabkan kemalangan semasa perjalanan ke tempat kerja.

"Berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kemalangan berlaku pada waktu pagi menuju ke tempat kerja. Ini mungkin kerana pekerja mamandu dan menunggang tergesa-gesa untuk ke tempat kerja," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini .

Lam Thye berharap tindakan serius diambil untuk membangunkan program-program yang boleh mengubah sikap pemandu serta penunggang di negara ini ke arah pemanduan yang berhemah dan selamat. - UTUSAN OLINE

No comments:

Post a Comment