*ARIEF Imran Hassan Ashari (tiga dari kiri), Patrick Ramiah (kiri), Datuk Jarjan Sambakong (lima dari kiri), Vadzim Tsitou (empat dari kiri), Roger-Mumby Croft (tiga dari kanan) dan Saiful Bahri Musa (dua dari kanan) sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman di United Kingdom, baru-baru ini. |
Memorandum itu turut melibatkan pertukaran kepakaran, pengetahuan dan pengalaman bagi memastikan program keusahawanan dihasilkan mampu mempersiapkan usahawan dalam menghadapi cabaran alam perniagaan.
Pengerusi Koperasi Pembangunan Usahawan Pahang, Arief Imran Hassan Ashari berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan usahawan akan menerima manfaat yang besar daripada program tersebut.
"Gabungan kepakaran ketiga-tiga syarikat ini membolehkan usahawan mengetahui keperluan sebenar dunia perniagaan daripada segi mentaliti, spiritual dan juga kemahiran," katanya.
Memorandum itu ditandatangani oleh Arief Imran; Ketua Pegawai Eksekutif Oxcell Asia Pasifik, Dr. Saiful Bahri Musa manakala Magna Carta College Oxford diwakili empat pegawai iaitu Timbalan Dekan, Prof. Dr. Roger-Mumby Croft; Ketua Pegawai Eksekutif, Vadzim Tsitou; Ketua Pegawai Operasi, Patrick Ramiah dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Joanna Mucha Jarmolinska.
Dalam pada itu, menurut Saiful, menerusi kerjasama tersebut, Oxcell bakal menjalankan program keusahawanan yang mampu melahirkan usahawan yang lebih bersedia dalam menghadapi realiti dunia perniagaan.
"Selain itu, penekanan spesifik daripada segi Emotional Intelligence dan Intuitive Intelligence turut diberikan menerusi program mentor bersama tokoh-tokoh usahawan terkemuka dari dalam dan luar negara," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment