Pihak berkuasa Filipina waspada aktiviti gunung berapi Mayon
MANILA, AHAD, 02 Jun, 2013; Pihak berkuasa Filipina semalam dengan mengeluarkan amaran tentang ancaman letusan gunung berapi Mayon yang sebelum ini mengakibatkan lima orang pendaki maut.
Institut Seismologi dan Gunung Berapi menaikkan tahap amaran ke tahap satu selepas ahli geologi mendapati berlakunya peningkatan aktiviti larva di dalam kawah dan pengeluaran gas di gunung berapi Mayon.
Institut berkenaan turut mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengarahkan pihak berkuasa tempatan menutup laluan masuk ke kawasan gunung dengan radius enam kilometer bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin.
Pada 7 Mei lalu, tiga pendaki Jerman, seorang pendaki Sepanyol dan seorang pendaki rakyat tempatan terbunuh apabila gunung berapi berkenaan menghamburkan batu, debu dan asap. - DPA/UTUSAN
No comments:
Post a Comment