![]() |
*PERWIRA NEGARA...KONTINJEN Angkatan Tentera Malaysia menyertai perarakan dalam upacara sambutan meriah Hari Kemerdekaan Ke-56 yang bertemakan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZAINI HUSIN |
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau menganggarkan seramai kira-kira 150,000 ke 200,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan detik bersejarah negara itu.
Katanya, kehadiran ratusan ribu pengunjung terdiri rakyat berbilang kaum di Malaysia juga bertujuan memberi penghormatan kepada pasukan keselamatan negara yang telah berkorban demi memastikan keamanan negara.
"Ini adalah luar biasa. Saya berpendapat ini merupakan sambutan yang paling besar. Orang ramai berhimpun di kiri dan kanan jalan pada hari ini lebih banyak daripada biasa dan mereka turun untuk memberi penghormatan khususnya kepada pasukan keselamatan kita.
"Saya juga berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan. Saya percaya dengan apa yang dipersembahkan, rakyat akan terus lebih bersemangat serta menghargai pasukan keselamatan yang banyak berkorban untuk kemakmuran, keamanan serta kegembiraan yang dikecapi kini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perarakan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery memberitahu, perarakan sambutan pada tahun ini juga lain daripada kebiasaannya apabila tumpuan diberikan kepada wira-wira negara yang berkorban demi keselamatan negara dalam insiden di Lahad Datu.
Katanya, balu-balu wira negara yang gugur di Lahad Datu juga diberikan penghormatan khas apabila berada hadapan pentas utama ketika pertunjukkan oleh kontijen dari Lahad Datu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment