My Add

Monday, 23 September 2013

7 premis terima anugerah Datuk Bandar KL

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 SeptEMBER, 2013: Sebanyak tujuh premis pembangunan yang menyediakan sekurang-kurangnya 70 peratus kemudahan akses bagi orang kurang upaya (OKU) menerima Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2013 di sini Ahad malam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, penganugerahan berkenaan merupakan pengiktirafan kepada pemilik bangunan yang mengutamakan kemudahan infrastruktur bagi menyenangkan pergerakan golongan OKU.

"Pembangunan yang terpilih ialah Hospital Rehabilitasi Cheras di Bandar Tun Razak, Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Kompleks membeli-belah Berjaya Times Square, Jalan Raja Laut, Taman Tasik Titiwangsa, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur," katanya dalam majlis penyampaian Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2013, di sini.

Majlis itu bertujuan memberi penganugerahan kepada pelbagai tipologi pembangunan berkaitan kepentingan awam yang menyediakan kemudahan kepada OKU.

Penilaian dilakukan Pemeriksaan Audit Akses oleh peserta Bengkel Audit Akses Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peserta OKU.

Beliau berkata peningkatan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman mengenai kepentingan mengaplikasikan prisip reka bentuk sejagat perlu ada pada setiap pegawai DBKL dan profesional.

Beliau berkata setiap pemilik bangunan perlu mengambil kira semua model bangunan meliputi sekolah, perumahan, premis perniagaan dan pejabat. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment