![]() |
*ANGGOTA Komando VAT 69 yang bertugas di Lahat Datu turut menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASAHARI |
Sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan pentas utama menempatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persembahan pasukan komando mendapat tepukan serta sorakan daripada ratusan ribu pengunjung yang hadir.
Mana tidaknya, semua pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam persembahan itu turut terlibat dalam Op Daulat semasa mempertahankan negara daripada penceroban pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lalu.
Insiden berdarah itu yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang menyayat hati semua hadirin termasuk Raja Permaisuri Agong lebih-lebih lagi apabila layar yang ada memaparkan wajah balu anggota yang terkorban.
Penghormatan juga diberi kepada kontinjen Op Daulat yang hadir seramai 400 angota pelbagai pangkat terdiri daripada 250 dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 50 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 100 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewakili 8,000 anggota yang terlibat.
Malah, sambutan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya mempamerkan aset keselamatan terbanyak iaitu hampir 300 membabitkan milik ATM, PDRM, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Penjara. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment