My Add

Wednesday, 25 September 2013

Gambar kes bunuh tersebar di laman sosial palsu - Polis

Oleh AZRAI MOHAMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 September, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebaran laporan polis beserta beberapa keping gambar menerusi media sosial berkaitan kes bunuh seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan disumbatkan ke dalam mulutnya.

Menurut satu kenyataan di dalam laman sosial Facebook PDRM hari ini, kes itu dipercayai berlaku di luar negara dan tidak pernah berlaku di lokasi dinyatakan selain nombor laporan merujuk kepada kes berlainan.

"Mohon semua pihak tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar di mana-mana saluran media sosial," ujar kenyataan itu lagi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment