Kesan lebam bukti pelatih PLKN kena objek tumpul - Polis
KUANTAN, SELASA, 24 Septmber, 2013: Lebam di bahagian belakang telinga yang dikesan dalam bedah siasat ke atas seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang meninggal dunia di Kem Pinggiran Pelangi di sini awal pagi Isnin dipercayai menjadi penyebab kematian, demikian menurut polis.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Rompin, Supritendan Johari Yahya bagaimanapun berkata, "Lebam kecederaan itu seperti terkena objek tumpul, tetapi belum ada kepastian mengenainya".
Pelatih Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring di bilik air kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, awal pagi tadi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment