Ketua Pemuda MIC antara 8 dipanggil beri keterangan
Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, AHAD, 01 September, 2013: Ketua Pemuda MIC, T. Mohan antara lapan yang dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, berhubung tindakan mereka yang didakwa cuba menghalang kerja-kerja pembinaan semula struktur jalan berhampiran Kuil Sri Muneswaran di Jalan P. Ramlee oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kesemua mereka bertindak demikian kerana menyangka DBKL akan merobohkan kuil tersebut. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment