My Add

Monday, 23 September 2013

Op Cantas: 11,036 ditahan, indeks jenayah menurun

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 11,036 individu dan berjaya mengurangkan sebanyak 7.34 peratus indeks jenayah selepas 38 hari melancarkan Op Cantas Khas di seluruh negara.

Sepanjang tempoh itu juga, polis turut merampas 21 pucuk pistol, 23 laras senapang angin, sebutir bom tangan serta pelbagai jenis senjata tajam seperti parang dan pisau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua kes jenayah indeks mencatatkan penurunan kecuali kes rogol, peras ugut dan ugutan jenayah.

"Berdasarkan analisis kita dapati peningkatan kes peras ugut dan ugutan jenayah ini adalah disebabkan pertambahan laporan polis daripada orang ramai yang mula yakin dengan kesungguhan polis menghapuskan jenayah.

"Namun Alhamdulillah kita berjaya mengekang dan mengawal jenayah daripada terus meningkat di seluruh negara walaupun anggota kita terpaksa menghadapi pelbagai risiko bahaya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment