PAFA gantung pengurusan, lapor SPRM syak wujud rasuah
IPOH, ISNIN, 23 September, 2013: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini menggantung kesemua pegawai pengurusan pasukan itu termasuk jurulatihnya, Azraai Khor Abdullah selama dua minggu ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak dalam perlawanan Piala Malaysia di Kuching, Sabtu lalu.
Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, pihaknya juga membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan berlaku sabotaj dan rasuah ekoran kekalahan tersebut. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment