My Add

Wednesday, 25 September 2013

Pemilihan UMNO: 15 calon tarik diri di Terengganu

KUALA TERENGGANU, SELASA, 24 September, 2013: Sebanyak 15 calon negeri ini yang bakal bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO Oktober depan menarik diri.

Perkembangan itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Pemilihan UMNO Terengganu, Datuk Muda Mamat dan senarai nama kesemua mereka akan diserahkan kepada ibu pejabat untuk tindakan lanjut.

Ketika ditanya siapa calon yang terlibat, beliau memaklumkan akan mengadakan satu sidang akhbar esok bagi mengumumkannya.

"Saya hanya boleh sahkan ada empat jawatan utama melibatkan bahagian, Puteri dan Wanita di kawasan Besut, Dungun dan Hulu Terengganu.

"Selebihnya adalah jawatan biasa-biasa dan saya akan maklumkan sepenuhnya esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment