My Add

Monday, 23 September 2013

 Patriotisme perlu disemai di kalangan generasi muda - Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Semangat patriotisme dan cintakan negara perlu disemarak dan ditanam dalam jiwa generasi muda, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tuanku Abdul Halim bertitah, baginda merasakan bibit patriotisme atau cintakan negara dalam kalangan rakyat terutama di kalangan generasi muda kini semakin pudar.

Malah, pada masa sama perpaduan antara kaum di negara ini juga masih dalam keadaan rapuh dan belum mantap, dan keadaan ini perlu diperkukuh untuk mewujudkan satu jati diri bangsa Malaysia yang bersatu padu.

"Beta amat berharap agar satu usaha yang bersungguh-sungguh dapat dilakukan untuk menyemarak kembali semangat patriotisme, seperti yang ditunjukkan oleh generasi ibu bapa kita, dan para pejuang kemerderkaan terdahulu," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim, yang juga Tuanku Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UNPM) bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen ke-4 universiti itu di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan hadir sama Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment