My Add

Monday, 23 September 2013

PNB urus dana RM255 bilion sehingga Julai

Oleh NUR HANANI AZMAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Permodalan Nasional Bhd (PNB) menguruskan dana bernilai kira-kira RM255 bilion sehingga Julai 2013 dengan mengambil kira dana unit-unit amanah PNB dan aset serta dana PNB sendiri.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, dana itu berikutan kesedaran dan kemampuan rakyat untuk melabur telah meningkat dengan positif.

"Pada tahun pertama Skim Amanah Saham Nasional dilancarkan iaitu tahun 1981, PNB telah berjaya menggembleng 540 juta unit malah unit-unit yang diurus sejak lebih tiga dekad telah melonjak kepada 169.83 bilion unit sehingga Ogos tahun ini.

"Jumlah pemegang akaun juga telah meningkat daripada 840,000 kepada 11.61 juta yang melanggan sembilan dana unit-unit amanah PNB," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Malam Penghargaan Media sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-35 PNB di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment