My Add

Wednesday, 25 September 2013

Sasaran 36 juta pelancong pada 2020 yakin dicapai

PUTRAJAYA , SELASA,24 September, 2013: Tourism Malaysia yakin sasaran ketibaan 36 juta pelancong ke negara ini denganpenjanaan keuntungan sebanyak RM168 bilion pada 2020 dapat dicapai.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin berkata, usaha merealisasikan sasaran tersebut sedang giat dilaksana, namun pada masa yang sama memerlukan kerja keras semua pihak dalam sektor berkenaan.

"Sasaran kita sekarang ialah pelancong dari negara-negara Asean seperti Singapura, Thailand dan Indonesia selain Timur Tengah serta pelancong dari Eropah," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta 'Malaysia Tourism Hunt 2013' di kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata antara promosi yang dipergiatkan ialah produk 'fly & drive' iaitu pelancong tiba dengan penerbangan dan kemudian memandu sendiri untuk menjelajah Malaysia.

Peningkatan promosi ini juga ekoran sistem lebuh raya di negara ini yang merupakan antara yang terbaik di dunia selain mesra pengguna, sekali gus akan memudahkan pelancong, katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment