My Add

Tuesday, 24 September 2013

Tarik projek kewangan Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Malaysia perlu merebut peluang dengan menarik lebih banyak pelabur kewangan dan pembiayaan Islam untuk membuat pelaburan dalam projek-projek kerajaan berprofil tinggi di negara ini.

Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, setakat ini, pelabur-pelabur kewangan Islam dunia tidak tahu atau tidak mempunyai tempat yang tepat untuk mengalirkan pelaburan mereka.

Katanya, para pelabur kewangan Islam mahu membuat pelaburan yang kurang berisiko (projek-projek kerajaan), tempoh yang sederhana panjang dan menguntungkan.

"Kalau boleh pada Bajet 2014, saya berharap kerajaan memberi tumpuan khas kepada pengurusan kecairan ekuiti dan bagaimana menarik ekuiti yang ada di dalam dan luar negara untuk melabur dalam projek-projek kerajaan bertaraf A,'' katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment