Oleh FARABI SAID
SEREMBAN, AHAD, 22 September, 2013: Pergerakan Wanita UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai sayap parti sahaja kerana jumlah mereka yang ramai selain komitmen tinggi anggotanya dalam menjalankan kerja-kerja parti selama ini.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sumbangan Wanita UMNO cukup besar dan dapat dilihat dari segi komitmen mereka dalam memenangkan parti dalam pilihan raya menerusi gerak kerja yang dilakukan.
''Sehubungan itu peranan Wanita UMNO perlu diberi pengiktirafan dan saya akan kemukakan perkara ini kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Ancaman Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara anjuran Wanita UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO di sini hari ini.
Shahrizat yang mempertahan jawatan Ketua Wanita memberitahu, beliau mahu mengangkat perjuangan Wanita UMNO terutamanya dalam politik dengan segala keputusan turut mendapatkan pandangan daripada wanita.
Jelasnya, sudah tiba masanya bagi wanita dilihat sebagai setaraf dengan lelaki dalam membuat sebarang keputusan terutamanya dalam politik selain pembentukan dasar-dasar dalam kerajaan.
Yang turut hadir dalam program itu ialah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Sementara itu Azalina ketika ditanya mengenai kehadiran beliau ke majlis tersebut menjelaskan, beliau telah dihubungi oleh Shahrizat untuk turut sama pada majlis berkenaan.
''Pada masa yang sama saya turut mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan perwakilan bersempena pemilihan kali ini," katanya.
Azalina merupakan antara tujuh calon dari Wanita UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini. - UTUSAN
![]() |
*SHAHRIZATt Abdul Jalil bersama calon-calon Wanita UMNO yang bertanding sambil menunjukkan isyarat bagus dalam Majlis Penutup Seminar Wanita UMNO Negeri Sembilan di Dewan Besar, Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban, semalam. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN |
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sumbangan Wanita UMNO cukup besar dan dapat dilihat dari segi komitmen mereka dalam memenangkan parti dalam pilihan raya menerusi gerak kerja yang dilakukan.
''Sehubungan itu peranan Wanita UMNO perlu diberi pengiktirafan dan saya akan kemukakan perkara ini kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Ancaman Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara anjuran Wanita UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO di sini hari ini.
Shahrizat yang mempertahan jawatan Ketua Wanita memberitahu, beliau mahu mengangkat perjuangan Wanita UMNO terutamanya dalam politik dengan segala keputusan turut mendapatkan pandangan daripada wanita.
Jelasnya, sudah tiba masanya bagi wanita dilihat sebagai setaraf dengan lelaki dalam membuat sebarang keputusan terutamanya dalam politik selain pembentukan dasar-dasar dalam kerajaan.
Yang turut hadir dalam program itu ialah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Sementara itu Azalina ketika ditanya mengenai kehadiran beliau ke majlis tersebut menjelaskan, beliau telah dihubungi oleh Shahrizat untuk turut sama pada majlis berkenaan.
''Pada masa yang sama saya turut mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan perwakilan bersempena pemilihan kali ini," katanya.
Azalina merupakan antara tujuh calon dari Wanita UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment