My Add

Wednesday 14 March 2012

242,294 pengundi pos, pengundi awal PRU13

KOTA KINABALU, RABU, 14 Mac, 2012: Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekali gus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daripada jumlah itu, 147,681 orang adalah anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.

Beliau menjelaskan, ini berikutan pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui supaya pengundian awal diperkenalkan, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal ini.

"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan 'karung', cuma masa dan hari mengundi sahaja yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga

hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya selepas merasmikan taklimat khas untuk pegawai pengurus dan ketua polis daerah di sini hari ini.

Beliau berkata, tujuannya ialah membolehkan pihak tentera dan polis dengan pasangan mereka mengundi lebih awal dan tidak perlu mengundi pada hari pengundian kerana menjalankan tugas masing-masing - BERNAMA

No comments:

Post a Comment