My Add

Sunday 25 March 2012

350 syarikat dari 29 negara sertai Mihas 2012 mulai 4 April

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Mac , 2012: Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade) akan menganjur Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas 2012) dari 4 hingga 7 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara itu akan disertai lebih daripada 350 syarikat dari 29 negara, kata Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Promosi Perdagangan Matrade, Mohd. Aminuddin Sham Tajuddin.

Beliau berkata, Mihas 2012 terus menjadi platform penting untuk mendapatkan produk halal dan merupakan pameran perdagangan halal yang penting untuk rantau Asia serta antarabangsa.

"Bilangan terbesar penyertaan asing pada Mihas 2012 ialah dari China, Indonesia, Taiwan, Belgium, Filipina, Iran dan Singapura,” katanya dalam temu bual.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran itu dari 10 pagi hingga 7 malam. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment