My Add

Sunday 25 March 2012

Raja Muda mahu Perlis jadi model pengurusan bencana

KANGAR, AHAD, 25 Mac, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Perlis yang sering menjadi sasaran banjir menjadi negeri model bagi pengurusan bencana.

Baginda bertitah, sebagai sebuah negeri yang terdedah kepada banjir, rakyat tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi bencana, sebaliknya berusaha mempersiapkan diri dengan kaedah pengurusan bencana yang terbaik dan berkesan.

Ketika menutup Program Kesedaran Bencana peringkat Komuniti Negeri Perlis anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis di Tasoh Lake Resort and Retreat dekat sini hari ini, baginda bertitah, rakyat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menguruskan bencana kepada kerajaan semata-mata.

"Rakyat juga perlu mengambil segala langkah dan usaha untuk membendung, mengurangkan kesan kemusnahan dan bagi mencapai hasrat untuk menjadi sebuah negeri maju,” titah baginda.

Program dua hari itu disertai 450 peserta termasuk penduduk kampung Titi Tinggi Hilir, Sungai Buloh, Batu Bertangkup, Panggas Kecil, Panggas Besar serta Padang Melaka yang sering berhadapan dengan banjir.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment