My Add

Sunday 11 March 2012

64 bekas polis zaman darurat, balu terima RM3,000

SHAH ALAM, SABTU, 10 Mac, 2012: Seramai 64 orang termasuk bekas polis zaman darurat dan balu mereka yang menetap di negeri ini hari ini menerima sumbangan sagu hati khas kerajaan dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.

Sumbangan berbentuk cek bernilai RM3,000 setiap seorang itu disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata, kesemua penerima hari ini merupakan sebahagian daripada 70,000 bekas polis zaman darurat yang layak menerima sumbangan sagu hati hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti bekas-bekas polis yang pernah berkhidmat pada ketika itu, tetapi masih belum menerima sagu hati tersebut.

“Kita sedang mengesan mereka dan berusaha untuk menyerahkan sumbangan itu sebelum sambutan Hari Polis Ke-205 pada 25 Mac ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment