My Add

Saturday 24 March 2012

Akhbar Melayu tetap relevan

Mohamad Md. Yusoff

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL 

PULAU PINANG, JUMAAT, 23 Mac, 2912: Akhbar berbahasa Melayu di negara ini masih relevan sebagai medium pengiklanan popular kerana ia mempunyai jumlah pembaca yang ramai.

Pensyarah Komunikasi Pemujukan dan Pengiklanan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, ini kerana akhbar berbahasa Melayu tidak mengalami kejatuhan edaran tetapi kekal konsisten biarpun ledakan teknologi mewujudkan media baru di Internet.

“Jumlah edaran akhbar berbahasa Melayu tetap meningkat dan ia berbeza dengan edaran akhbar berbahasa Inggeris yang mengalami kemerosotan.

“Pakar media yang lebih bersifat kebaratan pula hanya melihat akhbar bahasa Inggeris sebagai media pilihan kerana mereka tidak memahami kualiti, reputasi dan kandungan media akhbar bahasa Melayu,” katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment